jump to navigation

Mati dengan Bijak 10 May 2009

Posted by primethinkers in Tazkirah.
trackback

 

as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-RantissiTanggal 25 Safar 1425 H / 17 April 2004 M, maka kembalilah (as-Syahid) Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi bertemu dengan Rabbnya dalam keadaan yang sangat mulia dan mencintai syahid, kerana itulah (syahid) cita-cita hidupnya, kerana beliau yakin bahawa kematian adalah satu janji yang pasti daripada Allah s.w.t. sepertimana firmanNya :“Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian”Maka yang penting baginya ialah memilih keadaan yang terbaik di sisi Allah s.w.t. untuk menghadapi hari yang pasti tiba itu. Sudah pasti beliau yakin dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati”.

Kata-katanya sebelum tiba ajalnya jelas menggambarkan besarnya cita-cita dan bijaknya tindakan beliau dalam mempersiapkan dirinya untuk kembali bertemu Ilahi, Rabb al-Jalil :

as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantissi“Jalan yang kami lalui ini memang berat, namun inilah satu-satunya jalan yang yang akan menghantar kami semua kepada cita-cita kami (syurga). Di atas dasar ini,  kami semua tidak akan sekali-kali merasa lemah, tidak akan menyerah dan tidak akan menghina diri kami sendiri (dengan menyerah kalah kepada Israel ). Kita akan mati juga satu hari nanti , tiada yang akan berubah sama ada disebabkan oleh Apache atau serangan jantung. Yang pasti kita akan mati…dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache!!!”

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Allah memakbulkan doa beliau. Hidupnya mulia, matinya syahid.

“Berapa ramai orang yang tertawa sedangkan kematian berada di atas ubun-ubunnya. Jika dia mengetahui tentang kematian itu, pasti dia akan mati kerana kesedihan. Sesiapa yang tidak diberitahu tentang saat kematiannya tiba pada hari esok, pastilah fikirannya akan melayang kepada rezeki yang akan diraihnya setelah hari esok” – Imam as-Syafie.

Antara dua kebijaksanaan, [1] Bertungkus lumus mengejar kehidupan duniawi dengan mengabaikan (tidak bersungguh) dengan kehidupan ukhrawi dan [2] Mengurus kehidupan duniawi sebagai ladang tanaman untuk tuaian demi kebahagian hidup ukhrawi, manusia dibekalkan al-Quran, as-Sunnah dan aqal untuk membuat pilihan. Setiap pilihan mempunyai natijahnya, sama ada kemurkaan Allah lantas dicampakkan ke dalam neraka (nauzubillah) atau keredaanNya lantas dikurniakan syurga (insyaAllah). Yang pasti, keputusan pilihan di tangan kita. Kita sendiri yang akan tentukan nasib diri kita. Wallahua’lam.

 

Advertisements

Comments»

1. primethinkers - 11 May 2009

Al-fatihah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: