jump to navigation

PEMUDA – Pacu Islam, Pimpin Perubahan 9 June 2009

Posted by primethinkers in Tazkirah.
trackback

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Puji dan syukur kepada Allah, Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.

Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih menyambung ‘kontrak nyawa’ kita pada hari ini, maka dengannya itu, kita terus hidup hingga ke saat ini, bergantung pada kurniaaNya dan berharap pada pertolonganNya. Subhanallah…Agungnya aturan Allah. Ada nyawa yang diambilNya, ada nyawa yang Dia biarkan terus berdegup. Semuanya untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya. Moga-moga kita ini sentiasa tergolong dalam golongan orang yang baik dan terbaik amalannya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, Allah memberi keizinan dan kekuatan untuk menulis dalam laman maya ini. Mudah-mudahan tulisan ini sedikit sebanyak dapat kita manfaatkan bersama, InsyaAllah. Dalam kesempatan ini sekadar ingin berkongsi beberapa perkara, mudah-mudahan kefahaman dan keyakinan kita pada Islam dan Gerakan Islam semakin bertambah dan dengan harapan agar kita terus istiqamah pada jalan ini sehinggalah Allah mendatangkan keputusannya.

Petama-tamanya, syabas dan tahniah kepada PAS kerana telah berjaya mengadakan muktamarnya.

Dengan tema “Islam Pimpin Perubahan”, menjadi satu signifikasi yang jelas bahawa PAS dengan dasarnya Islam, telah bersedia untuk bergerak dari ‘Jalan Raja Laut’ ke ‘Putrajaya’ (mengambil alih pemerintahan negara).

Dewan Pemuda pula telah menyatakan komitmen yang tinggi untuk menjadi teras kepada agenda memimpin perubahan ini.

Pemuda

Ya, sememangnya menjadi tugas pemuda untuk memikul amanah ini. Untuk itu, saya tujukan risalah ini kepada semua golongan muda, tidak kira dari golongan mana. Yang penting, anda adalah pemuda, dan andalah yang akan memipin perubahan ini.

Wahai pemuda-pemudi yang mudah-mudahan dirahmati Allah sekalian. Marilah sama-sama kita memperbaiki diri dan bina potensi untuk memimpin generasi ini.

Dalam memikul amanah besar ini, terdapat beberapa perkara yang perlu untuk kita fahami dan sentiasa semak. Faham supaya yakin dan semak supaya tidak tersasar dari landasan.

Quran1. Sesungguhnya asal perjuangan ini adalah berteraskan aqidah yang sohih, bukannya perjuangan atas nama semangat. Sumber kepada asal perjuangan ini adalah hanya Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Maka, orang yang berjuang berteraskan sumber yang asal ini akan menjadikan seluruh kehidupannya adalah untuk Allah sehinggakan meletakkan dalam hatinya keyakinan dan keazaman “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”.

2. Tujuan kita berada pada jalan ini adalah sangat besar dan tiada tujuan yang lebih besar daripada tujuan ini iaitu mendapatkan redha Allah. Maka tanamkanlah dalam diri kita semangat dan keazaman yang berkobar-kobar bahawa “Aku hendak masuk syurga Allah dan jauhi azab nerakaNya”. Mudah-mudahan dengan meletakkan matlamat ini sebagai tujuan utama akan menjadikan kita orang yang lebih ikhlas dan bersungguh berjuang di jalan Allah.

3. Untuk berjuang di jalan Allah ini kita perlukan kenderaan dan kenderaan dalam perjuangan ini adalah jamaah. Mana mungkin perjuangan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar ini, iaitu membawa manusia daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk kepada penyembahan diri kepada Allah, mampu dipikul melalui perjuangan perseorangan. Maka tidak dapat tidak, orang yang hendak berjuang di jalan Allah mesti berjamaah kerana jamaah ini sumber kekuatan dan suatu tuntutan. Maka jamaah yang mesti kita pilih adalah jamah yang syumul perjuangannya dan jelas dasarnya.

4. Kita juga perlu sedar bahawa dalam perjuangan ini ada tabiatnya yang tersendiri iaitu tidak dapat lari dari dan pasti menghadapi mehnah dan tribulasi. Cabaran dan halangan ini muncul dari pelbagai sudut, bukan sekadar dari musuh tetapi juga dari kalangan orang yang mengaku dirinya juga Islam. Teringat kata-kata Waraqah bin Naufal ketika menjelaskan kepada Nabi s.a.w. tentang peristiwa yang berlaku kepada baginda :

LaTahzan“Demi diriku yang berada pada kekuasaanNya, sesungguhnya kamu adalah nabi bagi umat ini. Kamu telah didatangi makhluk yang sangat besar yang pernah mendatangi Nabi Musa. Sesungguhnya kaummu akan mendustakan kamu, mengkhianati kamu, mengusir kamu dan membunuh kamu”.

 

Kata-kata ini jelas menggambarkan kepada kita keadaan dan tabiat perjuangan di jalan ini. Maka marilah kita ingat pada pesanan Rasulullah s.a.w., “Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu”. Sabda Nabi s.a.w. ini menguatkan lagi hujah bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan dan tugas di jalan yang panjang dan penuh berduri ini.

IslamPastiMenang5. Perlu kita yakini bahawa Islam itu pasti menang, cita-cita Islam pasti terlaksana, Islam pasti memerintah dan kuffar pasti akan dikalahkan. Firman Allah, “Bila datang kebenaran, maka akan binasalah kebatilan”. Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan pasti benar. Tugas kita berusaha, yang akan menentukannya adalah Allah.

Wallahua’lam.

 

Comments»

1. Sekolah Pemikiran P.J - 18 July 2009

Salam ziarah~ enta pemuda pas ke? kawasan mana ?

p/s-saja tanya.

2. ibnusis - 23 July 2009

salam

kebenaran dan kebatilaln tidak sesekali beriringan
hanya satu yg akan berada di atas
iaitu kebenaran atau kebatilan
hakikatnya kebenaran akan berada di atas
kerana itulah fitrah alam dan ketentuan Tuhan


Leave a reply to ibnusis Cancel reply