jump to navigation

Fenomena POLITIK 13 May 2009

Posted by primethinkers in Pendapat.
add a comment

Salam Siasah.

imagessPasca Pilihanraya Umum 2008 yang lepas digelar oleh banyak tokoh politik sebagai ‘Tsunami Politik’ dan juga ada yang menggunakan istilah ‘Letusan Politik’ seperti yang digunakan oleh TGDS Haji Abdul Hadi Awang.

Sama ada istilah ‘Tsunami Politik’ atau ‘Letusan Politik’, kedua-duanya bukan untuk mempromosikan istilah, tetapi menggambarkan apa yang berlaku selepas daripada PRU ke-12 itu adalah suatu fenomena, kerana apa yang berlaku itu adalah luar biasa dan sukar untuk difahami dan diramal.

 

“Perak pada awalnya dikuasai Pakatan Rakyat – ADUN melompat parti – BN kuasai Perak – Zambry sebagai MB baru – S.Sivakumar dinafikan kuasanya – R.Ganesan dilantik sebagai speaker – Ir. Nizar sebagai MB yang Sah – Zambry berkuasa semula – ………(apa yang akan berlaku seterusnya?)………”

bersemadi UMNO3

Sebelum lebih banyak perkara berlaku, lebih baik untuk kita fahami definisi politik. Berikut adalah makna politik :  

 

Politik/ Ilmu Siasah/ Ilmu Kenegaraan

“Ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan”

 

Politik Islam/ Siasah Syar’iyyah

“Mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.”

Kesimpulannya, pada sudut pandangan Islam, politik itu adalah ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan dan mengurus atur perkara mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Maka, ilmu pengetahuan yang digunakan untuk mengurus atur perkara, yang tidak berlandaskan kepada syariat yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah tertolak daripada ruang lingkup politik yang dibenarkan Islam.

Untuk itu, perlu diketahui apa yang dilakukan oleh penguasa dalam rangka menguruskan urusan masyarakat, mengelakkan keburukan, menasihati pemimpin yang menyalahgunakan kuasa serta memerangi kekufuran jika berlaku. Ini adalah perintah Allah s.w.t. melalui Rasulullah s.a.w. Berkaitan dengan pesoalan ini, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :

 

“Siapa sahaja yang bangun pagi dengan gapaiannya bukan kerana Allah, maka ia bukanlah hamba Allah, dan sesiapa sahaja yang bangun pagi, namun tidak mempedulikan urusan kaum muslimin lain, maka ia bukan daripada golongan mereka”

(Hadis Riwayal al-Hakim)

Bererti secara ringkas, politik Islam memberikan pengurusan atas hal ehwal seluruh umat Muslim termasuk bukan Muslim yang bernaung dengan aman di dalam sebuah Negara Islam.

Namun, realiti politik demikian menjadi semakin pudar. Kebiasaan umum masyarakat pada akhir zaman ini, sering berlaku dimana baik perkataan mahupun perbuatannya, menyimpang daripada kebenaran ajaran Islam. Apa yang dilakukan oleh mereka ialah terpesong berakidahkan sekularisme, baik daripada kalangan bukan Muslim mahupun daripada kalangan umat Islam sendiri.

islam

Apa yang penting adalah segera dan bersungguh menunaikan tugas kita – “Mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya (agama)”

 

Wallahua’lam.