jump to navigation

Sepopit & Lahupa 14 May 2009

Posted by primethinkers in Relaks Minda.
2 comments

Suatu hari, seorang orang asli yang baru pertama kali menjejakkan kakinya ke bandar, telah pergi ke sebuah pasar. Dia bercadang hendak membeli beberapa barangan dapur. Tidak lama kemudian, dia singgah di sebuah kedai sayur.

sayur 

Orang Asli              : Bang, berapa harga seikat sayur ni?

 

Melihat orang asli yang datang membeli di kedainya, peniaga itu pun bercadang untuk mengenakan orang asli tersebut.

Peniaga                  : Hmm…harga sayur tu lahupe aje…

 

Menggaru kepala orang asli itu sambil memikirkan maksud “lahupa”. Oleh sebab tidak mahu dipanggil ketinggalan zaman, dia pun berpura-pura memahaminya.

Orang Asli              : Err…bagi saya sepopit aje dah lah bang…

Peniaga                  : Haa…sepopit? Sepopit tu apa ?

Orang Asli              : Bagitahu saya dulu apa itu makna “ lahupa”.

Peniaga                  : @#$%^&*

 

SenyumPENGAJARAN :

  1. Jangan kenakan orang lain.
  2. Jangan belagak serba tahu.
  3. Jangan jadi ‘bodoh sombong’.
  4. Bersikaplah jujur dan mesra.
  5. Belajarlah daripada kesilapan.

SUCCESS INTERVIEW 13 May 2009

Posted by primethinkers in Relaks Minda.
add a comment

imagesSuatu hari sebuah syarikat mengadakan temuduga untuk mengambil pekerja baru. Seorang pengurus yang sedang menemuduga terperanjat apabila seorang lelaki yang memakai sehelai jeans yang koyak di lutut dan berambut panjang datang hendak ditemuduga. Pengurus itu merungut di dalam hatinya, “Aii…orang macam ni pun ada ke…? Hmm…tapi nak tolak terus pun tak boleh juga”. Kemudian pengurus itu pun memulakan sesi temuduga tersebut :

 

PENGURUS            : Baiklah saya akan ambil awak bekerja jika awak dapat membuat ayat daripada perkataan-perkataan ni – green, pink , white, blue, purple, black.

LELAKI                    : Hmm…baiklah.

Setelah berfikir beberapa ketika, dengan yakin lelaki itu bersuara,

LELAKI                    : I hear the phone ringinggreen…green…green. Then I pink up the phone and I said, blues there? What? White do you say? Aiya…wrong number lah…don’t purpley laa…and don’t call black here o.k….”