jump to navigation

PEMUDA – Pacu Islam, Pimpin Perubahan 9 June 2009

Posted by primethinkers in Tazkirah.
2 comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Puji dan syukur kepada Allah, Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.

Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih menyambung ‘kontrak nyawa’ kita pada hari ini, maka dengannya itu, kita terus hidup hingga ke saat ini, bergantung pada kurniaaNya dan berharap pada pertolonganNya. Subhanallah…Agungnya aturan Allah. Ada nyawa yang diambilNya, ada nyawa yang Dia biarkan terus berdegup. Semuanya untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya. Moga-moga kita ini sentiasa tergolong dalam golongan orang yang baik dan terbaik amalannya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, Allah memberi keizinan dan kekuatan untuk menulis dalam laman maya ini. Mudah-mudahan tulisan ini sedikit sebanyak dapat kita manfaatkan bersama, InsyaAllah. Dalam kesempatan ini sekadar ingin berkongsi beberapa perkara, mudah-mudahan kefahaman dan keyakinan kita pada Islam dan Gerakan Islam semakin bertambah dan dengan harapan agar kita terus istiqamah pada jalan ini sehinggalah Allah mendatangkan keputusannya.

Petama-tamanya, syabas dan tahniah kepada PAS kerana telah berjaya mengadakan muktamarnya.

Dengan tema “Islam Pimpin Perubahan”, menjadi satu signifikasi yang jelas bahawa PAS dengan dasarnya Islam, telah bersedia untuk bergerak dari ‘Jalan Raja Laut’ ke ‘Putrajaya’ (mengambil alih pemerintahan negara).

Dewan Pemuda pula telah menyatakan komitmen yang tinggi untuk menjadi teras kepada agenda memimpin perubahan ini.

Pemuda

Ya, sememangnya menjadi tugas pemuda untuk memikul amanah ini. Untuk itu, saya tujukan risalah ini kepada semua golongan muda, tidak kira dari golongan mana. Yang penting, anda adalah pemuda, dan andalah yang akan memipin perubahan ini.

Wahai pemuda-pemudi yang mudah-mudahan dirahmati Allah sekalian. Marilah sama-sama kita memperbaiki diri dan bina potensi untuk memimpin generasi ini.

Dalam memikul amanah besar ini, terdapat beberapa perkara yang perlu untuk kita fahami dan sentiasa semak. Faham supaya yakin dan semak supaya tidak tersasar dari landasan.

Quran1. Sesungguhnya asal perjuangan ini adalah berteraskan aqidah yang sohih, bukannya perjuangan atas nama semangat. Sumber kepada asal perjuangan ini adalah hanya Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Maka, orang yang berjuang berteraskan sumber yang asal ini akan menjadikan seluruh kehidupannya adalah untuk Allah sehinggakan meletakkan dalam hatinya keyakinan dan keazaman “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”.

2. Tujuan kita berada pada jalan ini adalah sangat besar dan tiada tujuan yang lebih besar daripada tujuan ini iaitu mendapatkan redha Allah. Maka tanamkanlah dalam diri kita semangat dan keazaman yang berkobar-kobar bahawa “Aku hendak masuk syurga Allah dan jauhi azab nerakaNya”. Mudah-mudahan dengan meletakkan matlamat ini sebagai tujuan utama akan menjadikan kita orang yang lebih ikhlas dan bersungguh berjuang di jalan Allah.

3. Untuk berjuang di jalan Allah ini kita perlukan kenderaan dan kenderaan dalam perjuangan ini adalah jamaah. Mana mungkin perjuangan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar ini, iaitu membawa manusia daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk kepada penyembahan diri kepada Allah, mampu dipikul melalui perjuangan perseorangan. Maka tidak dapat tidak, orang yang hendak berjuang di jalan Allah mesti berjamaah kerana jamaah ini sumber kekuatan dan suatu tuntutan. Maka jamaah yang mesti kita pilih adalah jamah yang syumul perjuangannya dan jelas dasarnya.

4. Kita juga perlu sedar bahawa dalam perjuangan ini ada tabiatnya yang tersendiri iaitu tidak dapat lari dari dan pasti menghadapi mehnah dan tribulasi. Cabaran dan halangan ini muncul dari pelbagai sudut, bukan sekadar dari musuh tetapi juga dari kalangan orang yang mengaku dirinya juga Islam. Teringat kata-kata Waraqah bin Naufal ketika menjelaskan kepada Nabi s.a.w. tentang peristiwa yang berlaku kepada baginda :

LaTahzan“Demi diriku yang berada pada kekuasaanNya, sesungguhnya kamu adalah nabi bagi umat ini. Kamu telah didatangi makhluk yang sangat besar yang pernah mendatangi Nabi Musa. Sesungguhnya kaummu akan mendustakan kamu, mengkhianati kamu, mengusir kamu dan membunuh kamu”.

 

Kata-kata ini jelas menggambarkan kepada kita keadaan dan tabiat perjuangan di jalan ini. Maka marilah kita ingat pada pesanan Rasulullah s.a.w., “Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu”. Sabda Nabi s.a.w. ini menguatkan lagi hujah bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan dan tugas di jalan yang panjang dan penuh berduri ini.

IslamPastiMenang5. Perlu kita yakini bahawa Islam itu pasti menang, cita-cita Islam pasti terlaksana, Islam pasti memerintah dan kuffar pasti akan dikalahkan. Firman Allah, “Bila datang kebenaran, maka akan binasalah kebatilan”. Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan pasti benar. Tugas kita berusaha, yang akan menentukannya adalah Allah.

Wallahua’lam.

 

Mati dengan Bijak 10 May 2009

Posted by primethinkers in Tazkirah.
1 comment so far

 

as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-RantissiTanggal 25 Safar 1425 H / 17 April 2004 M, maka kembalilah (as-Syahid) Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi bertemu dengan Rabbnya dalam keadaan yang sangat mulia dan mencintai syahid, kerana itulah (syahid) cita-cita hidupnya, kerana beliau yakin bahawa kematian adalah satu janji yang pasti daripada Allah s.w.t. sepertimana firmanNya :“Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian”Maka yang penting baginya ialah memilih keadaan yang terbaik di sisi Allah s.w.t. untuk menghadapi hari yang pasti tiba itu. Sudah pasti beliau yakin dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati”.

Kata-katanya sebelum tiba ajalnya jelas menggambarkan besarnya cita-cita dan bijaknya tindakan beliau dalam mempersiapkan dirinya untuk kembali bertemu Ilahi, Rabb al-Jalil :

as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantissi“Jalan yang kami lalui ini memang berat, namun inilah satu-satunya jalan yang yang akan menghantar kami semua kepada cita-cita kami (syurga). Di atas dasar ini,  kami semua tidak akan sekali-kali merasa lemah, tidak akan menyerah dan tidak akan menghina diri kami sendiri (dengan menyerah kalah kepada Israel ). Kita akan mati juga satu hari nanti , tiada yang akan berubah sama ada disebabkan oleh Apache atau serangan jantung. Yang pasti kita akan mati…dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache!!!”

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Allah memakbulkan doa beliau. Hidupnya mulia, matinya syahid.

“Berapa ramai orang yang tertawa sedangkan kematian berada di atas ubun-ubunnya. Jika dia mengetahui tentang kematian itu, pasti dia akan mati kerana kesedihan. Sesiapa yang tidak diberitahu tentang saat kematiannya tiba pada hari esok, pastilah fikirannya akan melayang kepada rezeki yang akan diraihnya setelah hari esok” – Imam as-Syafie.

Antara dua kebijaksanaan, [1] Bertungkus lumus mengejar kehidupan duniawi dengan mengabaikan (tidak bersungguh) dengan kehidupan ukhrawi dan [2] Mengurus kehidupan duniawi sebagai ladang tanaman untuk tuaian demi kebahagian hidup ukhrawi, manusia dibekalkan al-Quran, as-Sunnah dan aqal untuk membuat pilihan. Setiap pilihan mempunyai natijahnya, sama ada kemurkaan Allah lantas dicampakkan ke dalam neraka (nauzubillah) atau keredaanNya lantas dikurniakan syurga (insyaAllah). Yang pasti, keputusan pilihan di tangan kita. Kita sendiri yang akan tentukan nasib diri kita. Wallahua’lam.

 

5 FORMULA TAWAN DUNIA 10 May 2009

Posted by primethinkers in Tazkirah.
1 comment so far

Discover Islam

Sayang dan amat malang sekali, keunggulan dan kegemilangan ‘umat terbaik’ ini tidak berkekelan. Ia tidak berkekalan kerana umat ini semakin dan telah melupakan peringatan Allah s.w.t. Firman Allah :

“Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”

(al-Baqarah : 152)

Kegemilangan yang Allah kurniakan kepada umat Islam, wajib untuk kita syukuri. Jika tidak, nikmat ini akan digantikan Allah s.w.t. dengan azab dan bala yang dahsyat. Para sahabat adalah golongan yang berjaya kerana mereka menghargai dan mensykuri nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Mereka bersyukur kepada Allah dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Pada suatu hari, seorang lelaki dating bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan dengan sifat manusia yang terbaik. Menajawab persoalan itu, Nabi berkata,

images“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang [1]paling pandai membaca al-Quran, [2]paling bertaqwa kepada Allah, [3]paling bersungguh-sungguh menyuruh kepada yang maaruf, [4]paling bersungguh-sugguh mencegah yang munkar dan [5]paling suka menghubungkan silaturrahim”.

Inilah formula keunggulan dan kegemilangan yang dihayati oleh generasi para sahabat sehinggalah akhirnya mereka berjaya menguasai dunia.

Mereka Berjaya melakukannya kerana mereka tidak hanya menganuti Islam, tetapi lebih daripada itu, mereka berbangga dengan kemuliaan cara hidup Islam. Umar al-Khattab pernah menegaskan,

    “Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Jika kita memilih kemuliaan dengan cara hidup selain daripada Islam, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita”.

Benar kata umar, orang yang berbagga dan berasa mulia dengan cara hidup Islam, pasti akan berada pada kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi manusia dan juga di sisi Allah.

Lihatlah! Hari ini umat Islam berada pada tahap yang paling rendah dan menghinakan. Palestin diserang oleh ‘kera-kera’ Yahudi, ribuan muslim digondol di bumi Bosnia dan Kosovo oleh ‘babi-babi’ Kristian Serb, jutaan umat Islam Chehnya diratah oleh tentera Rusia, Iraq pula menjadi serangan tanpa alasan lalu dijajah oleh tentera syaitan Amerika dan Britain, di Selatan Thai umat Islam terus dibantai. Akhirnya ajaran Islam pula dituduh sebagai ajaran songsang dan menganjurkan keganasan. Persoalannya, mengapa ini semua terjadi sedangkan kemenangan telah Allah janjikan berpihak kepada Islam dan umat Islam? Adakah Allah tidak menunaikan janjiNya?